KUALA LUMPUR 12 Feb. - Wanita kini lebih tertarik
kepada lelaki yang memiliki warna kulit sihat berbanding yang berwajah
maskulin, menurut satu kajian terkini.
Kajian itu menafikan pandangan ramai sebelum ini yang merasakan
wanita lebih tertarik kepada lelaki berwajah maskulin dengan bentuk
wajah lebih panjang, tulang pipi yang menonjol, kening lebat dan tulang
rahang terbentuk, kerana ia melambangkan kesihatan dan akan diwarisi
oleh anak-anak.
Bagaimanapun, seorang pakar psikologi dari Universiti Notthingham
Malaysia, Ian Stephen, baru-baru ini mendapati, lelaki dengan kulit
bersinar juga menjadi penunjuk tahap kesihatannya.
Dalam kajiannya, Ian bersama pasukannya mengambil gambar 34 lelaki
berwajah cerah dan 41 lelaki dengan wajah gelap. Kemudian dengan
menggunakan program komputer, mereka mengukur warna dan menentukan tahap
maskulin kepada setiap wajah.
"Kami menggunakan teknik ini bagi membandingkan secara matematik
bentuk wajah setiap lelaki kepada contoh wajah wanita hampir sama
daripada kalangan masyarakat yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
Penyelidik kemudian menunjukkan gambar tersebut kepada 32 wanita
berkulit putih dan 30 wanita berwajah gelap, kemudian meminta mereka
melabel tahap menariknya lelaki berkenaan di mata mereka.
Daripada kajian itu didapati, wajah maskulin tidak menjadi kemestian
berbanding warna kulit walaupun berbeza kumpulan etnik. Mereka juga
tidak menemui kaitan antara maskulin dan tahap tarikan, namun menemui
kaitan antara warna kulit dan tarikan.
Penyelidik juga mendapati, wanita tidak boleh mengesan perbandingan tidak ketara warna kulit lelaki yang berlainan bangsa.
Menurut Ian, warna kulit yang sihat boleh diperolehi daripada
pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi pigmen
karotenoid dalam diet harian. Selain itu, ia juga membantu kesihatan
menyeluruh dan kesuburan lelaki.
"Kajian kami menunjukkan kesihatan adalah kunci untuk lelaki
kelihatan lebih menarik. Anda boleh memiliki kulit yang cantik dan sihat
melalui pemakanan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran,
No comments:
Post a Comment