Sunday, 12 February 2012

Bumbung rumah runtuh, 11 pelajar Malaysia di Jakarta Utara selamat

2012/02/12

JAKARTA: Kira-kira 30 mahasiswi termasuk 11 dari Malaysia terselamat daripada sebarang kecederaan apabila bumbung bahagian hadapan rumah sewa yang mereka diami di Grogol, Jakarta Utara, di sini tiba-tiba runtuh, tengah malam tadi.

Kejadian di rumah dua tingkat di Jalan Tawakal 6, A-B, Grogol itu dipercayai berlaku kerana tiang penyangga kayu bahagian hadapan rumah itu yang reput tidak lagi mampu menampung beban sehingga mengakibatkan bumbung bahagian depan rumah itu runtuh.
Atase Pendidikan yang juga Setiausaha l Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Ludinata Misnun, berkata runtuhan bumbung itu menutup pintu keluar rumah berkenaan sehingga memaksa penghuni memecah tingkap di salah sebuah bilik di tingkat bawah untuk keluar menyelamatkan diri.
Hanya bahagian depan bumbung rumah itu yang runtuh, katanya di sini, hari ini.

Kira-kira 30 mahasiswa wanita Universiti Trisakti, termasuk 11 dari Malaysia menyewa bilik yang terdapat di rumah itu. Penghuni lain ialah mahasiswa dari Indonesia. - BERNAMA

Syukur Tuhan selamatkan pelajar-pelajar malaysia ....

No comments:

Post a Comment