Nasib Baik Langkawi tak ada Tren....
KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa
seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila diraba ketika dalam
tren komuter, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali
sebagai Yani, 25, menaiki tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk
pulang ke rumahnya di Shah Alam. Beliau berkata, pada mulanya, dia
tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit
berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan
dalam tren agak sesak dengan orang ramai.
“Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu merayap di punggung saya, tetapi keadaan tren yang bergoyang membuatkan saya berfikir mungkin lelaki di belakang saya itu tersentuh secara tidak sengaja,” katanya.
Bagaimanapun, dia mula pelik selepas lelaki itu masih memegang
punggungnya, malah mula bertindak meraba dengan berlakon seolah-olah
tidak sengaja menyentuhnya.
“Perbuatan lelaki itu tidak disedari orang ramai kerana kedudukan yang rapat sehingga sukar bergerak berikutan tren kebiasaannya penuh dengan penumpang pada waktu berkenaan.
“Selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saya cuba menepis tangannya dan beredar ke depan sedikit di hentian seterusnya selepas ada penumpang turun,” katanya.
Yani yang geram dengan tindakan itu kemudian menampar tangan lelaki terbabit sehingga dia terkejut lantas beralih ke belakang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Saya sempat melihat gelagat lelaki itu yang berlakon
seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Saya juga sempat merakam gambarnya
melalui telefon bimbit saya.
“Tidak puas mengambil kesempatan ke atas saya, lelaki itu kemudian beralih pula kepada seorang lagi wanita yang berada berhampiran,” katanya.
Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan sama kepada wanita terbabit tanpa menyedari diperhatikan.
“Saya yang geram melihat perbuatannya yang tidak serik lantas menghampiri mereka dan sekali lagi menampar tangan lelaki itu.
“Tindakan saya itu membuatkan lelaki itu terkejut sehingga wanita yang dirabanya turut terpinga-pinga melihat tindakan saya. “Pada mulanya wanita itu menyangkakan saya yang melakukannya, namun selepas diterangkan baru dia faham,” katanya.
Katanya, selepas kegiatannya terbongkar, lelaki itu terus melarikan diri sebaik tren berhenti di Hentian Seri Setia bagi mengelak ditahan.
Pantau-pantau la pendatang ditempat anda...
No comments:
Post a Comment