KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak
kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan di dalam lubang
di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini,
tengah hari semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu disedari seorang jiran
pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul
dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.
Jiran pasangan itu, Mohd Ashaari Ulong, 56, berkata dia mengesyaki sesuatu dengan tindakan jirannya itu kerana tiba-tiba ingin meminjam cangkul dan menanam uri sedangkan bayinya lahir sejak 10 hari lalu.
“Pada masa sama, dia tidak pernah mendengar tangisan bayi dari
rumah jirannya itu walaupun tahu isteri jirannya sudah melahirkan anak,”
katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, berikutan rasa was-was itu, dia enggan meminjamkan cangkul.
“Saya meminta anak buah saya meninjau kawasan rumah lelaki itu sebelum dimaklumkan ada kesan timbusan tanah di belakang rumah terbabit.
Mungkin ada sesuatu ditanam, saya menghubungi polis memaklumkan
kejadian itu sebelum sepasukan polis tiba untuk membuat siasatan. Saya
terkejut apabila polis menemui mayat bayi lelaki ditanam dalam lubang
berkenaan,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, bayi lelaki itu ditemui dalam lubang yang baru digali di belakang rumah suspek yang juga ibu bapa bayi berkenaan.
Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Berikutan itu, pasangan terbabit berusia 40-an yang ada kaitan dengan kejadian itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, polis sudah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan,” katanya.
Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang.....
No comments:
Post a Comment