Azizulhasni mendahului perlumbaan repechage keirin pada Kejohanan Berbasikal Asia di Velodrom Kuala Lumpur, semalam
KUALA LUMPUR – Velodrom Kuala Lumpur dekat Cheras menjadi saksi
kehebatan pelumba berbasikal trek negara pada Kejohanan Berbasikal Asia
(ACC) 2012 selepas tiga pelumba yang berpangkalan di Melbourne, Mohd.
Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa mara ke separuh akhir
acara keirin, semalam.
Bagaimanapun, kedua-dua pelumba elit lelaki Azizulhasni dan Josiah
memberi debaran kepada penonton yang hadir selepas gagal melayakkan diri
secara automatik pada pusingan pertama dan terpaksa bersaing di
repechage.
Azizulhasni menduduki tempat ketiga pada pusingan pertama dan
memperbaikinya dengan memenangi tempat pertama di repechage, manakala
Josiah pula menduduki tempat kedua di pusingan pertama, namun
kedudukannya dibatalkan oleh komisar perlumbaan kerana melanggar
peraturan.
Pengalaman yang dimiliki oleh Josiah tidak menghalangnya untuk mara
ke separuh akhir apabila menduduki tempat pertama repechage seterusnya
mengiringi Azizulhasni.
Sementara itu, Fatehah pula tidak berdepan masalah apabila menduduki
tempat kedua pusingan pertama seterusnya mara secara automatik ke
separuh akhir yang akan dilangsungkan hari ini.
Menurut Josiah, pada pusingan pertama dan repechage itu dia hanya
kayuh seperti memanaskan badan apa yang penting dapat melayakkan diri ke
separuh akhir.
“Apa yang penting saya boleh mengawal perlumbaan dengan baik, kita
perlu bekerja semasa di atas trek saling bantu antara satu sama lain,
seperti mana yang saya lakukan bersama Kazunari Watanabe pada pusingan
pertama.
“Dia bekerja untuk saya, saya pula bertindak untuk menghalang
pelumba lain bagaimanapun saya dikenakan tindakan kerana melakukan
kesalahan, apa yang penting ialah mara ke saingan separuh akhir,” kata
pelumba berusia 31 tahun itu.
Sementara itu, dalam kategori remaja, dua pelumba lelaki negara,
Muhammad Fauzan Nor Azman dan Malek Marcus McCrone turut layak ke
separuh akhir acara keirin.
Turut menempah tiket ke separuh akhir ialah pemenang pingat perak acara pecut remaja wanita kelmarin, Ummi Hamimah Mohamad.
|
Sunday, 12 February 2012
Josiah, Azizul ke separuh akhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment