Sunday, 12 February 2012

Mamat Pelumba Basikal negara raih gangsa selepas tayar pancit

KUALA LUMPUR - Hasrat pelumba negara, Mohd. Harrif Salleh untuk meraih pingat emas dalam acara scratch Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 tidak kesampaian apabila tayar basikalnya pancit pada pusingan ketujuh di Velodrom Kuala Lumpur dekat Cheras, semalam.
Pelumba yang terkenal dengan gelaran 'Mamat' itu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, memberi laluan kepada pelumba Taiwan, Chun Kai Feng meraih emas sementara perak milik Thurakit Boonratanathanakorn dari Thailand.
"Tayar depan basikal saya pancit pada pusingan ketujuh, ia menghalang hasrat saya untuk mengulangi pencapaian 2007 meraih pingat emas dalam acara ini," katanya selepas tamat perlumbaan semalam.
Jelas Mamat, kejadian tersebut menyebabkannya hilang fokus kerana sepanjang kariernya terutama dalam perlumbaan scratch dia tidak pernah mengalami tayar pancit.
"Keadaan menjadi kelam-kabut ketika itu, saya hilang fokus, badan saya seperti terkejut, bagaimanapun jurulatih Sebastien Duclos memberi nasihat suruh saya meneruskan perlumbaan.
"Saya kembali berlumba dan berada di kumpulan kedua dengan berusaha untuk mengejar kumpulan pendahulu, ketika itu ramai pelumba berpecah-pecah menghampiri pusingan ke-10 semua bergabung semula," katanya.
Harrif berjaya mengakhiri perlumbaan di tempat pertama namun disebabkan ketinggalan kepada pemenang tempat pertama dan kedua dia hanya berpuas hati dengan pingat gangsa.
"Saya sedih kerana tidak memenangi emas, untuk mengulangi pencapaian tahun lepas meraihnya di Sukan SEA Indonesia," katanya yang kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan di ACC dalam acara trek.
Sementara itu, kategori wanita menyaksikan Ju Pha Som Net sekadar menamatkan saingan di tempat kelima, dan perlumbaan tersebut dimenangi olehj Diao Xiaojuan dari Hong Kong, pingat perak Panwaraporn Boonsawat (Thailand) dan gangsa milik Maki Tabata dari Jepun.

Apa-apa pun syabas diucapkan kepada Mamat,dah rezeki kita banyak tu....

No comments:

Post a Comment