PUTRAJAYA: Laluan berbasikal di seluruh Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, di sini akan diperbaiki bagi menyediakan kemudahan lebih
baik kepada pengguna, selaras dengan usaha menjadikan Putrajaya sebagai
destinasi berbasikal utama di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata Putrajaya mempunyai jalinan
jalan raya yang amat baik, sekali gus memberi kelebihan kepada peminat
sukan berbasikal melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan.
Justeru, katanya kementerian akan menyediakan pasukan naziran untuk meneliti semula kemudahan berbasikal di Putrajaya supaya ia lengkap dan mampu menarik lebih ramai peminat berbasikal.
“Pembinaan jalan raya di sini cukup menarik dan ini satu kelebihan
di Putrajaya. Jadi, kita mesti memastikan kemudahan berbasikal di sini
lebih lengkap kerana kita dapati orang ramai kini menjadikan Putrajaya
sebagai lokasi berbasikal terutama pada hujung minggu.
“Malah, Perbadanan Putrajaya (PPj) turut menyediakan peta laluan yang menghubungkan lapan taman termasuk Taman Botani, Taman Warisan Pertanian, Taman Wetland dan Taman Rimba Alam,” katanya, baru-baru ini Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melepaskan kira-kira 800 peserta Konvoi Berbasikal sempena Kempen Kibar Bendera sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 sejauh 23.7 kilometer di sini.
Konvoi itu bertujuan memupuk semangat cintakan Wilayah Persekutuan, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk.
Ahmad Phesal berkata, langkah menggalakkan sukan berbasikal juga
selaras dengan usaha membantu meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan
masyarakat, selain menarik lebih ramai pelancong.
Sementara itu, mengenai sambutan Hari Wilayah 1 Februari ini, beliau berkata, tujuh program utama dirancang.
“Ini termasuk Festival Hari Wilayah dan pelancaran Hari Wilayah di
Kuala Lumpur pada 28 hingga 29 Januari, Festival Sukan Rakyat di Labuan
(11 hingga 12 Februari) dan Karnival Wow di Putrajaya (23 hingga 26
Februari),” katanya.
Malah katanya, pelbagai cenderahati disediakan kepada warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sepanjang Februari termasuk bayaran hanya RM30 bagi kompaun saman trafik yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum 1 Mac.
Harap-harap Kerajaan menyediakan laluan Basikal Diseluruh Negara...
No comments:
Post a Comment