Sunday, 22 January 2012

KAYUHAN MALAM

 Kayuhan Extream..

Pada hari Khamis 19hb Januari 2012 bermulalah era aku dan rakan-rakan memulakan pengayuhan extream daripada rumah ku di Taman Nilam mengelilingi Pulau Lagenda..(Langkawi).Kayuhan yang kami lakukan adalah pada malam hari dan ia mengambil masa selama 4 jam.

Aku,abang Din serta Mie Taliwork memulakan kayuhan pada jam 8.30malam.Kami melalui ,Kg.Kisap-Kuah-Bukit Tekoh-Bayas hingga ke bulatan Airport.Kami berpatah balik ke rumah melalui Kg.Ulu Melaka-Air Hangat dan seterusnya kembali ke rumah.

Inilah pengalaman pertama Aku membuat kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi,begitu banyak lampu dan gelagat pengguna jalan raya dimalam hari.

Walaupun penat tapi berbaloi dengan pengalaman yang aku perolehi....Bagi kami ini akan diteruskan pada minggu hadapan 26hb Januari 2012.

Bagi rakan-rakan yang ingin join sekali bolehlah mencuba...asalkan ada basikal dan kemahuan. Kami juga membuat kayuhan pada tiap-tiap malam ke Pekan Kuah,jadi bila you orang nak join follow je...

Kayuhan malam adalah bahaya jika tak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mesti ada...untuk pengetahuan semua saya dan rakan-rakan adlah baru dalam bidang kayuhan ini dan rasanya jika ada nasihat dari semua amattlah diharapkan.

bye...

No comments:

Post a Comment