ROUND LANGKAWI....
Pada 26hb Januari 2012 adalah minggu yang kedua kami melakukan kayuhan mengelilingi Langkawi.Kali ini kami tidak bertiga tetapi seorang lagi kawan kami Syawal menyertai kami buat pertama kalinya.Padanya kayuhan basikal ini selalu dilakukan pada muda-muda dulu katanya...dah lama tak kayuh.... katanya.
Kami semua bercadang hendak melalui Jalan Bukit.Malut ke Pantai Chenang,jadi kami pun memulakan kayuhan daripada Taman Nilam ke Bukit Malut.Kelihatan kawan kita begitu laju kayuhannya Syawal..sampai nak follow pun kena tinggal.Bila kami sampai ke simpang Bukit Malut kami pun bersedia pada aksi menaiki bukit.Punyalah teruk Bukit tu,Syawal berhenti pada pertengahan jalan diikuti Cik Mie,aku pun menukar gear dan terus mengayuh..mengejar abang Din didepan menggunakan sepenuh tenaga.
Bukit pertama dah pun kami lepasi kini tibalah pada bukit yang kedua ..lagi mencabar rasanya.Apabila semua orang melepasi bukit kedua ,semua berpakat berpatah balik kerana ujian bukit begitu mencabar maklumlah baru kayuh.Jadi kami berpatah balik ke Kampung Tok Senik.Kami berhenti rehat di sebuah kedai dihadapan Makam Mahsuri untuk merehatkan diri,air seorang dua gelas baru puas...
Seterusnya kami meneruskan kayuhan pada jam lebih kurang 1945hrs ke Kampung Bukit Hantu dan terus ke Ulu Melaka.Semasa melalui kampung bukit Hantu banyak aku tengok rumah-rumah mewah berdiri dilereng bukit dan pemandangannya amatlah cantik..pertama kali aku melalui jalan itu dan amatlah menarik naluriku.
Lihatlah wajah Cik Mie yang keletihan.......
Dari Ulu Melaka kami terus keAir Hangat,kali ini jelas nampak Syawal keletihan.Seperti biasa port kami apabila selesai kayuhan kami akan berehat sebentar di Pokok buluh kata Abang Din..kedai depan jalan masuk taman kami....berehat selama 45 minit sebelum balik kerumah...
Rasa puas tak terhingga walaupun dalam keletihan...nantikan kayuhan akan datang minggu hadapan bersama lebih photo-photo menarik dan cerita lagi....
Bye......
No comments:
Post a Comment