Monday, 13 February 2012

Seorang Lagi Ahli Baru LCBC


MTB ahli baru cantik bergaya

Masih terpancar senyuman selepas kayuhan semalam..

Selamat Menyertai LCBC Team...diucapkan

Saiz bukan ukuran

PERNAHKAH anda dengar rungutan si isteri mengatakan alat kelamin anda kecil, tidak memuaskan dan tidak hebat? Jika ada, bagi saya ia pelik bagi mereka yang berkahwin.
Anda berkahwin dan kini mendapat teguran daripada isteri mengenai saiz anggota kelamin anda. Saya ingin bertanya, adakah saiz anggota kelamin begitu mustahak untuknya, sedangkan itu tidak pernah dibangkitkan atau ditanya ketika dia bersetuju diijabkabulkan dengan anda?

Lagipun, dalam keadaan tidak terangsang, sememangnya anggota kelamin lelaki kelihatan kecil. Jika saiz anggota kelamin menjadi pilihan, saiz yang bagaimana seorang wanita itu inginkan iaitu sebesar mana dan sepanjang mana?

Mengikut ukuran anggota kelamin, ereksi berukuran 12 sentimeter (sm) dan ukur lilit 10 sm adalah saiz untuk kebanyakan lelaki di negara ini. Malah, saiz berkenaan dikira biasa untuk sebilangan besar lelaki Asia.


Dimensi dalaman faraj wanita Asia pula ialah 6 sm sebelum penetrasi. Ketika penetrasi, dimensinya mengembang dua kali ganda.

Untuk wanita yang mempunyai otot lantai pelvis yang kendur selepas bersalin dan tanpa melakukan senaman kemut, dimensi mengembang tiga kali ganda!

Jadi, sukar untuk berasa tusukan zakar, lebih-lebih lagi jika mukosa faraj menghasilkan banyak cecair yang melicinkan gerakan zakar. Mungkin, masalah sebenar yang terjadi apabila anda berdepan situasi terbabit bukan disebabkan saiz dan bentuk zakar tetapi hakikatnya, dimensi faraj yang berubah.

Pernah ada suami bertanyakan soalan ini kepada saya. Namun, dia perlu merujuk kepada isterinya, kenapa sebelum ini dia puas dengan hubungan kelamin dan kenapa pula mahu merungut sekarang?

Wanita yang tidak tahu hakikat ini akan mudah menyalahkan pasangannya. Sepatutnya, ia dirujuk kepada pakar atau doktor dan jangan mendesak sehingga memberi tekanan kepada pasangan.

Pertanyaan seperti ini juga akan membuatkan lelaki menjadi tertekan.

Namun, jika benar si isteri tidak puas dengan saiz zakar anda, ia perlu dibawa berbincang dan mencari kata penyelesaian bagi menjamin keharmonian rumah tangga.

Kajian menunjukkan ada wanita memilih saiz anggota kelamin yang sesuai kerana baginya, saiz besar itu merangsang visual (stimulasi visual) dan ia memberi gambaran suami boleh memberi kepuasan kepadanya.

Selain itu, ereksi yang panjang juga sesuai untuk melakukan apa-apa posisi dan ia tidak mudah terkeluar selain dapat menyentuh bahagian lebih dalam seperti belakang rahim dan serviks.

Jika itu yang isteri pilih, mahu tidak mahu, anda perlu cuba usahakan secara baik, melalui perubatan moden yang baik dan selamat. Di samping itu, si isteri perlu tahu kesihatan pasangannya sungguh mustahak.

Jangan kerana kehendak isteri, suami terjebak dengan rawatan yang boleh membahayakan kesihatannya seperti mendapat suntikan minyak bunga atau kimia peradang ke dalam kulit zakar dengan tujuan menebalkan kulit zakar supaya ukur lilitnya lebih luas dan dapat memenuhi ruang pembukaan faraj.

Kesudahannya, ereksi yang berlaku akan menyakitkan dan kulit menjadi radang. Jadi lebih baik mereka berdua mencari jalan selamat dan sesuai untuk tujuan itu.

Si isteri boleh memantapkan dimensi anggota kelaminnya dengan senaman Kegel (www.kegelexercise) atau mengguna peralatan yang boleh membantunya memantapkan otot lantai pelvis.

Si suami pula berjumpa doktor untuk mendapat maklumat mengenai penggunaan peralatan ‘extension’ yang sesuai untuk membantu memantapkan ereksi dan saiz anggota kelaminnya

Kaji sampel air dari 24 kawasan

GENTING HIGHLANDS: Keputusan awal mengenai punca kejadian jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang berlaku di kawasan Batang Padang dan Hilir Perak di Perak dijangka diketahui hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, pihaknya sedang berkerja keras untuk mengenal pasti punca kejadian dengan sepasukan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengambil kira-kira 1,000 liter contoh air dari 24 kawasan yang dikenal pasti bagi dianalisa dan dikaji.

“Setakat ini keadaan adalah terkawal dan tidak ada kes baru yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama 500 kanak-kanak dan warga tua daripada 13 sekolah dan rumah kebajikan dalam kawasan Parlimen Bentong di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting semalam.

Kejadian wabak itu yang berlaku sejak akhir bulan lalu mengakibatkan dua kematian dan demam ke atas lebih 2,200 orang kanak-kanak.

Rotavirus, sejenis virus dalam air adalah punca paling biasa penyebab kepada cirit-birit di kalangan bayi dan kanak-kanak. Dalam pada itu, Liow berkata kementeriannya akan menimbang kemungkinan untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan membiak jentik-jentik Aedes sehingga RM500 bagi satu kesalahan berbanding RM100 ketika ini.

Langkah itu katanya, bagi menangani peningkatan mendadak jumlah kes denggi yang dilaporkan untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini.


“Sehingga hari ini sebanyak 2,854 kes denggi telah dikenal pasti dengan 11 kematian direkodkan, peningkatan ketara berbanding 2,781 kes dan enam kematian bagi tempoh sama tahun lepas,

Farhan AF4 bertunang

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bintang kelahiran Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan , 28, hari ini melangsungkan pertunangan dengan Rashdan Shuhaimi, 28, di Kompleks Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini.
Pada majlis tersebut, Farhan yang telah lima tahun menjalin hubungan cinta dengan Rashdan menerima sebentuk cincin emas putih yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya, Faridah Hussin.
Farhan berkata, dia dan keluarga merancang tarikh pertunangan tersebut hampir setahun memandangkan tunangnya sebelum ini melanjutkan pengajian di United Kingdom.
“Alhamdulillah segala perancangan majlis pertunangan ini berjalan lancar. Kami perlu mencari masa yang sesuai kerana Rashdan berada di UK melanjutkan pengajian,” katanya kepada pemberita selepas selesai majlis itu.
Farhan yang mengenakan persalinan kelabu berbunga ungu memberitahu, dia mengikat tali pertunangan selama setahun dan akan mengadakan majlis perkahwinan pada awal tahun depan.
Menurut penyanyi itu, biarpun mereka jarang bertemu kerana berjauhan namun kedua-duanya tetap saling berhubungan.
“Sebenarnya memang payah kalau berjauhan, namun saya tidak mahu menjadikan ia satu halangan. Syukurlah sekarang kerana dia (Rashdan) sudah bekerja di sini,” jelasnya lagi.
Pada majlis tersebut, Farhan turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Wanita tertarik lelaki miliki kulit sihat berbanding maskulin

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Wanita kini lebih tertarik kepada lelaki yang memiliki warna kulit sihat berbanding yang berwajah maskulin, menurut satu kajian terkini.
Kajian itu menafikan pandangan ramai sebelum ini yang merasakan wanita lebih tertarik kepada lelaki berwajah maskulin dengan bentuk wajah lebih panjang, tulang pipi yang menonjol, kening lebat dan tulang rahang terbentuk, kerana ia melambangkan kesihatan dan akan diwarisi oleh anak-anak.
Bagaimanapun, seorang pakar psikologi dari Universiti Notthingham Malaysia, Ian Stephen, baru-baru ini mendapati, lelaki dengan kulit bersinar juga menjadi penunjuk tahap kesihatannya.
Dalam kajiannya, Ian bersama pasukannya mengambil gambar 34 lelaki berwajah cerah dan 41 lelaki dengan wajah gelap. Kemudian dengan menggunakan program komputer, mereka mengukur warna dan menentukan tahap maskulin kepada setiap wajah.
"Kami menggunakan teknik ini bagi membandingkan secara matematik bentuk wajah setiap lelaki kepada contoh wajah wanita hampir sama daripada kalangan masyarakat yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
Penyelidik kemudian menunjukkan gambar tersebut kepada 32 wanita berkulit putih dan 30 wanita berwajah gelap, kemudian meminta mereka melabel tahap menariknya lelaki berkenaan di mata mereka.
Daripada kajian itu didapati, wajah maskulin tidak menjadi kemestian berbanding warna kulit walaupun berbeza kumpulan etnik. Mereka juga tidak menemui kaitan antara maskulin dan tahap tarikan, namun menemui kaitan antara warna kulit dan tarikan.
Penyelidik juga mendapati, wanita tidak boleh mengesan perbandingan tidak ketara warna kulit lelaki yang berlainan bangsa.
Menurut Ian, warna kulit yang sihat boleh diperolehi daripada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi pigmen karotenoid dalam diet harian. Selain itu, ia juga membantu kesihatan menyeluruh dan kesuburan lelaki.
"Kajian kami menunjukkan kesihatan adalah kunci untuk lelaki kelihatan lebih menarik. Anda boleh memiliki kulit yang cantik dan sihat melalui pemakanan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran,

Fatehah lakar sejarah berbasikal

          Fatehah Mustapa meraikan kejayaan menjuarai keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR - Malaysia bukan saja cemerlang menutup hari terakhir acara trek Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dengan menokok dua pingat emas, malah Fatehah Mustapa melakar sejarah sukan tanah air apabila muncul pelumba wanita pertama negara memenangi emas kejohanan itu.
Penantian Fatehah untuk bergelar juara Asia sejak 2008 akhirnya tercapai semalam selepas berjaya menjuarai acara keirin di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.
Fatehah membuktikan dia kini pelumba yang perlu diberi perhatian oleh pencabar serantau menjelang Sukan Olimpik 2012 London dengan kejayaan menjadi pelumba wanita Malaysia pertama meraih emas ACC sejak kejohanan diperkenalkan pada 1963.
Pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu, mengenepikan pelumba sensasi Hong Kong, Lee Wai Sze yang menjadi pilihan utama untuk memenangi emas, namun sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa, manakala perak milik pelumba China, Xu Yulei.
"Saya hanya ikut belakang dia (Wai Sze), menunggu dengan penuh sabar apabila tiba di selekoh terakhir dan apabila masanya tiba, saya mengerah segala kudrat yang ada untuk sampai di garisan penamat terlebih dahulu," kata Fatehah selepas tamat saingan.
Jelasnya, Wai Sze terpaksa bekerja sendirian untuk menghalang pelumba China dan ini membolehkannya menyimpan tenaga dengan hanya perlu bertindak selepas tiba masa yang sesuai.
Kemenangan ini turut menebus kekecewaan sekadar meraih perak dalam acara pecut dan gangsa ujian masa 500 meter sebelum ini.
"Saya puas hati sangat, pada masa yang sama tidak menyangka dapat meraih pingat emas, pingat ini saya hadiahkan kepada John (Beasley) dia banyak tolong saya selama ini. Jatuh bangun pelumba adalah di tangan jurulatih, apa yang dibuat semuanya adalah untuk saya.
"Pingat emas pertama ACC ini adalah rezeki yang bermakna buat saya, kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Menjelang Siri Piala Dunia Klasik di London saya tidak boleh terlalu yakin, ramai pelumba lain yang hebat akan turun beraksi," katanya yang akan berangkat ke London hari ini.
Fatehah pernah meraih perak dalam acara keirin di ACC Nara, Jepun tiga tahun, diikuti di Kalimantan setahun kemudian.
Selepas mengambil bahagian dalam Siri Piala Dunia Klasik London, Fatehah akan terus mencari mata Olimpik pada Kejohanan Trek Dunia di Melbourne pada April depan dan melihat pada ranking keirin wanita terini, dia adalah pelumba kedua terbaik dunia di belakang Guo Shuang dari China.
Sementara itu, Josiah Ng melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia dalam acara keirin selepas muncul juara lelaki, mengalahkan Mohd. Azizulhasni Awang.

Syabas diucapkan.....