KUALA LUMPUR - Wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit
berjangkit bawaan air dan makanan yang mengakibatkan dua bayi maut di
Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagaimanapun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.
"Mungkin saluran paip di kawasan terlibat telah tercemar dan sebab
itu kita tidak menerima laporan kes jangkitan AGE di kawasan-kawasan
lain," katanya selepas merasmikan Program Kesihatan Rakyat Parlimen
Gombak di K.Klub, Taman Melawati di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Kelab Veteran Utusan Melayu, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.
Tiong Lai berkata, siasatan akan turut dibuat terhadap kemungkinan
wabak itu berpunca dari Loji Pembersihan Air Bukit Temoh, Tapah yang
menyalurkan air di Hilir Perak dan Batang Padang.
"Setakat ini, wabak itu masih terkawal dan hanya dikesan di kawasan terbabit," katanya.
Kosmo! semalam melaporkan sebanyak dua kes kematian melibatkan
kanak-kanak berusia 10 dan dua bulan dilaporkan pada minggu lalu di
daerah Hilir Perak akibat wabak AGE.
Dalam tempoh bermula penghujung Januari hingga 9 Februari lalu,
sebanyak 2,236 kes AGE dikesan di daerah Batang Padang dan Hilir Perak.
Berhati-hatilah semua masak air sebelum diminum..
No comments:
Post a Comment