KOTA BHARU 15 Feb. — Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini
memutuskan untuk merangka garis panduan membolehkan pasangan Islam
melangsungkan majlis perkahwinan di dalam masjid.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata,
rangka garis panduan itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam
sebelum ini yang berselisih pendapat daripada segi hukum majlis akad
nikah diadakan di dalam masjid.
Ini kerana ia didakwa kononnya mengikut ajaran Kristian, katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Beliau berkata, garis panduan itu merangkumi syarat supaya penggunaan
masjid untuk tujuan itu tidak menjejaskan kedudukan masjid sebagai
tempat ibadat sehingga mencemarkan kesuciannya.
"Ini termasuk tidak membenarkan berlaku suasana bising di dalam
masjid sehingga menjejaskan institusi masjid itu sendiri sebagai tempat
ibadah bagi umat Islam,
No comments:
Post a Comment