Friday, 10 February 2012

Langkawi Cycling Team Membuat Kayuhan Round Island

Round Island...

Setelah semua perancangan dibuat maka kami pun memulakan kayuhan dari Taman Nilam lebih kurang jam 9.00 malam. Hanya kami berlima malam ini Aku,Bang Din,Cik Mie,Hafiz dan Bang Mat.
Berhenti rehat sebentar di Traffic Light keTanjung Limbong.
Di Round the board Langkawi Airport


Sampai saja di Airport kami terima panggilan dari member yang nak join lagi tiga orang tapi mereka semua keluar lambat, masih berada di Pekan Kuah.Jangan hampa kita akan buat kayuhan pada hari lain dan bolehlah join.

Setelah melakukan latihan kayuhan pada tiap-tiap malam ,rasa berbaloi kerana setiap bukit yang didaki rasa biasa saja, siap guna gear rendah lagi ..hebat..hebat...Aku dengan Cik Mie siap boleh race pulak.....

Akan datang kami akan mencari cabaran yang lebih extream lagi bagi teruk sikit....biar boleh perah baju..

Pengalaman yang best bila turun dari Bukit Chengkuan semua tunduk macam mat rempit pulak Bang Mat kata kelajuan cecah 45km sejam...best..best..lagi satu benda paling best ialah hilang stress kepala otak...jadi sapa-sapa yang stress cuba-cubalah buat kayuhan insyaallah akan ok.

Hingga berjumpa lagi pada cerita akan datang....Bye salam buat semua cycling team.





No comments:

Post a Comment