PULAU PINANG 15 Feb. - Bapa seorang pelajar di sebuah sekolah
menengah asrama penuh di sini mendakwa anaknya hampir tertelan sebatang
skru besi ketika menikmati roti ban yang diedarkan sekolah berkenaan.
Anuar Abu Kassim, 49, berkata, kejadian berlaku pada 11 Februari lalu
ketika sekolah itu mengadakan aktiviti merentas desa dan semua pelajar
diberikan roti ban berkenaan sebelum acara bermula.
Menurut beliau, anaknya Nurul Ain telah memberitahu guru sekolah mengenai penemuan skru besi dalam roti itu.
"Sebagai seorang bapa, saya amat dukacita kerana kejadian ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa anak saya.
"Saya bukan mahu meminta sebarang ganti rugi, namun sebagai seorang
pengguna saya memandang serius pekara ini kerana ia melibatkan aspek
kebersihan, kesihatan dan keselamatan pengguna," katanya kepada
pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Anuar, dia telah dihubungi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dua hari lalu mengenai kedatangan
wakil syarikat pengeluar roti tempatan ke sekolah berkenaan.
"Wakil syarikat terbabit dikatakan tidak mahu perkara ini
diperbesarkan dan telah mengambil roti dan skru tersebut untuk tujuan
penyelidikan. Keputusan penyelidikannya hanya dimaklumkan kepada pihak
sekolah pada 20 Februari ini," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sekolah yang tidak memaklumkan pertemuan tersebut dengannya.
Anuar berkata, dia berharap agar insiden seperti itu tidak berlaku
pada masa hadapan dan berharap pengeluar roti berkenaan lebih
bertanggungjawab.
Sementara itu, Nurul Ain memberitahu, ketika menikmati roti berperisa coklat itu, dia tergigit benda keras.
"Apabila diteliti saya mendapatinya ia sebatang skru. Saya bernasib
baik tidak menelan skru itu kerana jika tertelan saya tidak tahu apa
yang akan terjadi,
No comments:
Post a Comment